Monday, December 24, 2007

mentaliti

aku suka memerhati dan mengkaji serta cuba memahami sesuatu.


kali ini aku nak bercakap pasal satu topik: KERETA


Zaman sekarang, tidak boleh tidak kereta adalah very much satu keperluan hidup. Dengan status negara kita sebagai salah sebuah negara pengeluar kereta untuk pasaran dalam dan luar negara, kereta dan rakyat (pengguna secara amnya) adalah sesuatu yang tak dapat dipisahkan. Zaman dulu-dulu pun dah ada kereta, cuma tambah lembu sahajalah di depannya.


Kereta telah mengalami proses evolusi yang sangat panjang, dari fasa penemuan enjin pembakaran dalaman sehinggalah kepada penciptaan teknologi hybrid yang lebih mesra alam.



Dah, saja je nak memanjangkan post ni (^_^)



Apa yang aku nak cakap kali ini ialah pasal modifikasi. Ia termasuklah pengubahsuaian enjin, rupa luaran (kosmetik), penjahanaman nilai2 estetik dan jualan semula sesebuah kereta dll.



Dari pengamatan aku, terdapat beberapa pengubahsuaian kereta yang dilakukan, dimana ia sangat menjengkelkan:


1 - Menggelapkan lampu hadapan/belakang
apa la bodohnya korang. Pernah belajar tak apa fungsi lampu? Untuk membantu penglihatan pemandu sesebuah kereta dan juga membantu pemandu lain supaya nampak akan sesebuah kereta. Yang kau pegi tint lampu depan belakang tu apa kejadahnye? Pernah belajar English? Atau patut aku kata "Bahasa Inggeris" sebab memang kau tak faham? Lampu belakang tu namanya "rear indicator light" - lampu penunjuk belakang. Gunanya untuk buat orang belakang nampak kereta kau! Baik kau cabut dari gelapkan lampu tu! Jimat duit, dan juga menjimatkan minyak sebab kurang berat?! Bodoh! Daripada kau gelapkan lampu depan tu, baik kau pakai pelita, lagi malap! Lagi bodoh!


2 - Memotong spring untuk merendahkan kereta (untuk nampak sporty)
ini memang kesian. Kereta tu la yang kau nak melaram, kereta tu la kau nak hantar anak ke sekolah, kereta tu la kau nak pegi pasar, kereta tu la kau nak (sila tambah ikut suka). Daripada kau potong, baik aku beli lowering spring baru yang direka khusus! Tak mampu beli sebab takde duit? Lagi elok. Simpan duit bagi makan anak bini. Sedar2 la diri tu. Biasa aku nampak kereta kecik lowered, naik ramai2 dengan tok cik, mak ngah, tok lah dsb. Kesian diorg. Dah tua2, kena pulak naik kereta orang yang tak cukup sifat. Melantun2 dibuatnya, lagi2 kalau langgar lubang. Aku tak pernah jumpa kajian doktor yang mengatakan sekiranya seorang bapa menghantar anak2 ke sekolah di waktu pagi dengan kereta yang direndahkan, boleh membantu perkembangan minda anak atau menambahkan ilmu di dada. Menambahkan aib ada la


3 - Memasang alat2 peningkat prestasi di atas cadangan pemilik kedai aksesori
memang korang hidup2 kena tipu. Tokeh kedai tu apa kerja dia? Apa? Membantu menyelesaikan masalah kereta? Salah! Kerja dia jual barang2 kedai dia, cari untung! Memang ada yang betul, tapi kena la selidik dulu keberkesanannya, apa logiknya, apa prinsip fungsinya, sistem operasinya, fiziknya dsb. Nak beli kereta mahal tak mampu, maka beli kereta yang lebih murah sikit, pastu diubahsuai mengikut kata pakar kedai2 aksesori. akhirnya, duit yang dibelanjakan tu dah boleh ditambah untuk beli kereta yang lebih elok. Tak ke bangang namanya tu?



Nanti aku tambah lagi

Friday, December 21, 2007

entri sulung

hmmm..

dah lama aku berangan nak buat blog sendiri, tapi asyik terlupa (atau malas sebenarnya). Sebelum ni aku berblog di friendster, tapi disebabkan sedikit kekangan teknologi di sesetengah tempat (sendiri ingat), aku rasa aku perlu create blog lain... untuk menampung luahan hati kecil ini.

kekadang bila kita sendirian, kita kerapkali tersenyum sendiri terkenang kenangan silam yang manis. For me, the sweet memories keeps me going. Ever had a situation where it seems it to be the (relative) end of your life? The cure is simple: tak kira sesukar mana pun, God-willing, there will be light at the end. Never lose faith.

Macam aku lah. Bila dah sampai hari rabu, aku akan fikirkan tentang kegembiraan hujung minggu yang mendatang. Wayang, shopping, awek2 yang cantik gebu.. sebagai contoh lah.. cubalah


p/s: what a great way to kickstart my own blog. I am stuck in the office (yeah its 4 something in the morning) but hey, itulah hidup! mujurlah kerja aku dah siap.. itu la yang boleh bukak blog nih